Kepimpinan semasa Menjadi Menteri Besar Terengganu Ahmad Said (ahli politik)

Setelah dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Bin Said memberi tumpuan utama kepada pelaksanaan pembangunan yang berpaksikan rakyat atau people-centric. Beliau memperkenalkan slogan “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan” sebagai teraju utama dalam kepimpinan beliau. Pentadbiran yang mesra rakyat menjadi tonggak utama pentadbiran beliau dan menjadi keutamaan beliau dalam memastikan kepentingan dan permasalahan rakyat diselesaikan. Beliau juga menegaskan bahawa apa jua perkhidmatan yang dilaksanakan haruslah demi kepentingan rakyat.

Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan

Slogan “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan” dengan 8 nilai[5] teras utama turut memfokuskan kepada memperkasakan modal insan, meningkatkan daya saing negeri dan memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan. Justeru itu, beliau menyeru kepada kakitangan awam agar bekerjasama antara satu sama lain bagi menjamin kecemerlangan bekerja dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Malah beliau menyeru agar pegawai sentiasa turun padang untuk mendekati rakyat bagi mendengar masalah mereka supaya apa jua masalah yang dihadapi oleh rakyat dapat segera diatasi.

8 Nilai Utama Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan

BUDAYA ILMUBudaya ilmu atau pendidikan yang berkesan adalah asas bagi kejayaan rakyat. Ayat al-quran yang pertama diturunkan ialah iqra’, yakni bacalah yang membawa maksud ilmu adalah keutamaan.

CEMERLANGCemerlang adalah perkara yang perlu diberi keutamaan oleh semua pihak dalam semua aspek. Pemimpin, pentadbir dan rakyat cemerlang itulah harapan kita semua untuk menjadikan negeri ini terbilang.

CAKNACakna adalah perkataan dalam dialek Terengganu. Ia boleh diertikan sebagai prihatin, ambil berat atau memberi perhatian. Sememangnya Kerajaan Barisan Nasional amat mengambil berat dan memberi perhatian terhadap keperluan, kebajikan dan pembangunan rakyat.

AMANAHAmanah adalah suatu nilai yang tinggi dan merupakan sifat rasulullah. Apabila adanya sifat amanah kita tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberi baik sebagai pemimpin, pentadbir atau rakyat biasa.

SETIASetia kepada Negara, pemimpin dan kepada organisasi yang kita bernaung di bawahnya adalah nilai yang amat penting. Jika kita tidak setia, maka kita akan mengkhianati perjuangan suci dan bertindak membuka pintu kepada musuh untuk menceroboh Negara.

MUAFAKATMuafakat adalah perkara penting dalam hidup bermasyarakat dan bernegara. Pepatah melayu ada menyebut, ‘lidi yang sebatang mudah dipatahkan, tetapi lidi seberkas tidak mungkin dapat dipatahkan’.

BERSYUKURBersyukur pula adalah suatu amalan mulia yang sudah diketahui umum. Syukur yang sebenar ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, dirasakan atau ditasdikkan di dalam hati dan dilaksanakan dalam perbuatan.

ISTIQAMAHIstiqamah pula, jika dilihat pada struktur Bahasa Arab bermaksud terus berdiri. Sesuai jugalah dengan Bahasa Melayu yang boleh difahamkan sebagai sentiasa teguh berdiri, yakni berterusan dalam keadaan sedar dan aktif terhadap sesuatu pegangan mahupun amalan. Istiqamah bermakna konsisten dan tidak lari dari perjuangan. Kita tidak mahu menjadi seperti lalang, yang sekali tegak, sekali ke kiri atau ke kanan mengikut arah angin.

Rujukan

WikiPedia: Ahmad Said (ahli politik) http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.malaysiakini.com/news/229850 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://daruliman.wordpress.com/2010/07/05/perdana-... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AhmadSa... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2008/3... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=111... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt...